Tulisan Ikhlas dari Saya-Miji99


Salam sukses semua, :)

Fuh...agak lama saya membiarkan blog ini sehingga ianya "bersawang".
Mungkin pembaca blog ini atau kawan-kawan saya yang sudi menjadi "followers" blog ini sedia maklum bahawa saya telah kehilangan ayah saya lebih kurang dua bulan yang lepas.Peristiwa ini merupakan antara rentetan peristiwa sedih yang berlaku dalam hidup saya sehingga menyebabkan saya tidak lagi mempunyai "nafsu" atau motivasi untuk menulis atau mem"postkan" artikel-artikel atau tips-tips kejayaan.

Sekiranya saya sendiri sukar untuk membina motivasi,bagaimana saya sendiri hendak berkongsi tips-tips membina motivasi???

Justeru,saya pernah terfikir untuk tidak lagi menulis atau meng"update" blog ini.

Namun,satu hari sewaktu saya membuka semula blog ini dan membaca artikel yang terdapat dalam blog ini,saya terasa terlalu sukar untuk saya melepaskan blog ini "hilang" begitu sahaja...

Oleh itu,saya telah bertekad untuk terus menulis semula di blog ini,dan diharapkan sesiapa sahaja yang sudi membaca blog saya(tidak kira siapa anda,di mana anda berada) dapat memberi sokongan moral kepda saya...
saya amat-amat berterima kasih.....

"Hidup mesti terus"-MIJI99

Read Users' Comments (1)ulasan

1 Response to "Tulisan Ikhlas dari Saya-Miji99"

  1. kojo kerajaan says:
    16 April 2010 2:37 PTG

    Assalammualaikum miji...jangan risau...blog ini umpama dairi kehidupan miji. Saya juga pernah melalui pengalaman seperti miji dimana diri sendiri kadang-kadang boleh "terbabas" diatas sikap motivasi sendiri..

    Oleh itu, tindakan miji untuk membaca blog tulisan miji sendiri amat digalakkan. Itulah yang saya lakukan ketika saya tiada motivasi. Saya sebenarnya sentiasa membaca tulisan miji ni...saya harap miji akan teruskan..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan