Kata-Kata Motivasi


"If you never failed,you never life"

Read Users' Comments (1)ulasan

Azizi Ali dan sekeping kad


Azizi Ali dan sekeping kad

--------------------------------------------------------------------------------

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saja nak berkongsi artikel di blog saya, dan saya pastekan disini. Moga ianya memberikan manfaat

Azizi Ali dan sekeping kad

Saya yakin ramai yang kenal dengan nama Azizi Ali. Satu perkara yang menarik mengenai beliau yang baru saya tahu hari ini, didalam buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah, penulis bertanya kepada Azizi Ali, bagaimana beliau boleh menjadi jutawan sedangkan ramai orang melayu merasa mustahil untuk menjadi jutawan?

Jawapan beliau :

Kerana saya MAHU dan saya TAHU apa yang saya MAHU

Dan lebih menarik, Azizi Ali laminate apa yang beliau mahukan didalam sekeping kad. Beliau berkata “Ini adalah misi hidup yang saya buat beberapa tahun yang lepas. Ianya jelas dan tepat, apa yang saya mahukan untuk tahun-tahun akan datang”

Dan pesanan beliau lagi:

Ramai orang inginkan banyak perkara, sehingga mereka sendiri tidak pasti apa SEBENARNYA yang mereka mahukan. Mereka hanya berkhayal dan mengelamun kosong, tanpa menentukan secara tepat apa yang mereka mahukan. Jika kita hendak berjaya, pertama sekali, kita kena TAHU apa yang kita MAHU

Kesimpulan

Lihat sahaja, seorang yang sudah bergelar jutawan pun masih menulis apa yang beliau mahu didalam sekeping kad, inikan kita yang langsung tak mempunyai apa-apa.

Juga saya ingin berkongsi semasa saya menghadiri bengkel Berhenti Makan Gaji baru-baru ini, pada sesi terkahir bengkel, Tuan Shamsuddin Kadir menyuruh kami menulis apa yang kami mahu buat diatas sekeping kad.

Jadi, kepada sesiapa yang masih tidak melakukan perkara ini, lakukanlah, anda pasti akan mendapat hasilnya dengan syarat usaha.

Terima kasih,

Mazlie Nadzri
Sumber:wangcyber.com

Read Users' Comments (0)

Kata-Kata Motivasi-Abraham Lincoln


"If I had six hours to chop down a tree,I will spend the first four hour sharpening the axe"-Abraham Lincoln

Read Users' Comments (0)

Teknik mengAktifkan Minda separa Sedar


Minda separa sedar ialah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di simpan. Lebih kurang 10% sahaja yang di kawal oleh minda sedar, dan yang selebihnya di lakukan oleh minda separa sedar. 90% daripada keputusan, tindakbalas, fikiran, dan juga perasaan anda di kawal pada tahap bawah sedar oleh minda separa sedar. Minda separa sedar juga mengawal denyupan jantung, sistem percernaan, sistem pernafasan tanpa anda sedari!

Teknik mengaktifkan Minda separa Sedar..

1) Saranan

Saranan positif yang di berikan pada minda bawah sedar mungkin diterima ataupun di tolak. Hipnosis adalah satu cara di mana saranan di beri untuk membolehkan perubahan. Apabila kita berada dalam keadaan rilek, minda sedar pun dah tak berapa sedar dan pintu gerbang ke minda separa sedar terbuka (luas atau tak luas bergantung pada keadaan rileks seseorang itu).

Di waktu inilah saranan positif di berikan pada minda separa sedar dan jangan lupa tubuh dan minda haruslah berada dalam keadaan rileks dan tenang. Contoh - saya semakin kaya dan berjaya (bercakap dalam hati pada diri sendiri - angan-angan berarah). Tambahkan emosi dan kemahuan yang kuat dengan membayangkan anda sedang memandu kereta mewah atau tinggal di rumah mewah (gunakan imaginasi anda) supaya saranan lebih efektif.

Akan tetapi anda harus ingat, apa yang anda inginkan tidak akan berlaku sekelip mata. Cepat atau lambat bergantung pada anda.

* Pastikan tubuh dan minda dalam keadan rileks - gerbang minda separa sedar terbuka - Berikan saranan positif dan di tambahkan dengan emosi supaya lebih efektif.


2) Pengulangan (repetition)

Sebagai contoh, berikan saranan pada minda separa sedar supaya menerima idea yang anda adalah orang kaya dan berjaya. Teknik repetition boleh menyematkan idea ini ke minda separa sedar dengan lebih cepat dan mudah. Minda separa sedar lebih mudah menerima saranan dari repetition.

Satu contoh mudah cuba sebut 236 0344 sekali, 10 minit lagi cuba ingat balik tanpa melihat nombor tersebut… agak-agak bole ingat tak? Tapi kalau sebut 236 0344 lima puluh kali, 10 minit lagi kalau sebut mesti boleh ingat…

Jika selalu mengamalkan teknik repetition, saranan tersebut akan membentuk cara berfikir, tingkahlaku dan juga kepercayaan anda. Struktur minda akan berubah untuk menerima idea baru yang anda ini adalah seorang kaya dan berjaya. Apabila idea ini berjaya diterima tanpa ragu-ragu, maka secara automatik peluang-peluang (rezeki) akan datang dengan sendirinya.

* Dalam keadaan releks, berikan saranan kepada minda bawah sedar berulang-ulangkali - gunakan teknik repetition ini pada waktu pagi atau malam (sebelum tidur) tambahkan dengan emosi yg kuat lebih kurang 10 minit untuk jangka masa sebulan atau lebih (bergantung pada anda)




Kedua-dua tips minda separa sedar ini juga boleh membantu mengurangkan masalah mental dan juga emosi yang anda simpan selama ini yang kemungkinan besar adalah halangan yang membantutkan potensi anda. Kekuatan saranan positif ke minda separa sedar di gabungkan dengan teknik repetition adalah kunci untuk membuka minda anda untuk mencapai segala apa yang anda inginkan.

Kredit: Shafril.com - Pengembaraan merentasi minda
Sumber:WangCyber.com

Read Users' Comments (0)

Suatu Sketsa-Man Baldi Dan Parno Ajaib

Ada satu sketsa menarik yang nak saya kongsikan dengan anda semua. Ceritanya bermula begini:

Pada zaman dahulu, ada dua orang kawan yang bercita-cita tinggi bernama Parno dan Karman tinggal berhampiran di dalam sebuah kampung yang kecil. Mereka berdua berkawan baik dan bercita-cita tinggi.

Mereka sering berbual tanpa henti tentang bagaimana suatu hari nanti mereka akan menjadi manusia terkaya di kampung itu. Kedua-duanya bijak dan rajin. Mereka hanya menunggu peluang yang baik.

Pada suatu hari peluang yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kampung itu bercadang untuk mengupah dua orang lelaki untuk mengangkut air dari sungai yang berhampiran ke tangki air di tengah-tengah kampung tersebut. Kerja tersebut diserahkan kepada Parno dan Karman.

Mereka terus mencapai baldi lalu menuju ke sungai. Tatkala petang, mereka telah berjaya memenuhi tangki air kampung itu. Ketua kampung membayar 10 sen untuk setiap baldi.

"Impian kita telah menjadi kenyataan," jerit Karman kegirangan.
"Saya tidak percaya nasib kita akan terus baik," kata Parno tidak begitu pasti.

Sebabnya, belakang beliau sakit dan tangannya melecur akibat mengangkut baldi yang berat. Dia takut untuk bangun dan pergi bekerja keesokan harinya. Dia berazam untuk memikirkan cara yang lebih baik untuk mendapatkan air dari sungai ke kampung itu.

"Man, aku ada satu cadangan," Parno berkata pada keesokan paginya ketika mereka berdua mencapai baldi dan menuju ke sungai. "Daripada kita mengangkut baldi ke hulu ke hilir hanya untuk beberapa sen sehari, apa kata kalau kita bina satu saluran paip air dari sungai ke kampung ni," Kata Parno.

Karman berhenti melangkah.

"Paip air!Tak pernah dicakap dek orang?",beliau melaung."No!Kita dah ada kerja yang bagus. Aku boleh mengangkut 100 baldi sehari. Sepuluh sen untuk satu baldi adalah 10 ringgit sehari. Aku puas hati. Di hujung minggu aku boleh beli baju baru. Di hujung bulan seekor kambing. Lima tahun lagi aku boleh bina sebuah rumah baru. Kita mempunyai pekerjaan yang terbaik di kampung ini. Kita mempunyai cuti di hujung minggu dan dua minggu cuti bergaji dalam setahun. Kita telah ada pekerjaan yang tetap seumur hidup. Lupakan sahaja pasal paip air kamu itu!"

Tetapi Parno tidak patah semangat. Beliau dengan sabar menerangkan rancangan paip air kepada kawan baiknya itu. Parno bekerja separuh hari mengangkut baldi air dan separuh hari lagi serta hujung minggunya untuk membina paip airnya.

Dia tahu ianya kerja yang sukar, menggali lubang di dalam tanah yang berbatu. Memandangkan beliau dibayar mengikut jumlah baldi, dia sedar pendapatannya akan berkurangan pada peringkat awal. Dia juga sedar ianya akan mengambil masa setahun, mungkin dua tahun, sebelum paip airnya memulangkan hasil yang banyak. Tetapi Parno percaya kepada cita-citannya dan terus bekerja.

Karman dan para penduduk kampung mula mengejek Parno. Mereka memanggilnya "Parno Paip". Karman yang mendapat upah hampir dua kali ganda berbanding Parno menayang-nayangkan pembeliannya. Dia membeli seekor kuda padi lengkap dengan pelana kulit yang baru dan menambatnya di luar rumah yang baru dibinanya.

Dia juga membeli pakaian yang mahal-mahal dan makanan yang sedap-sedap di pekan. penduduk menggelarnya Dato' walaupun Karman tidaklah bergelar Dato'. mereka akan bersorak apabila Karman belanja mereka minum di kedai kopi bahkan ketawa dengan kuat apabila mendengar lawaknya.

Ketika Karman berbaring rehat di dalam buaian di waktu petang serta hujung minggu, Parno terus menggali saluran paipnya. Pada awal beberapa bulan yang pertama hasil usahanya tidak dapat dilihat. Kerjanya sukar - malah lebih teruk daripada Karman kerana parno bekerja juga ketika petang dan hujung minggu.

Tetapi Parno sentiasa mengingatkan dirinya sendiri bahawa impian hari esok dibina di atas pengorbanan hari ini. Hari demi hari dia menggali, sejengkal demi sejengkal.

"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, sejengkal sejengkal lama-lama sepelaung," dia menyanyi-nyanyi sambil menghayung beliungnya ke dalam tanah yang berbatu. Sejengkal bertukar menjadi sekaki..kemudia 10 kaki..kemudian 20 kaki..100 kaki...sebukit.

"sakit jangka pendek sama dengan untung jangka panjang," dia mengingatkan diri sendiri ketika kakinya hampir tersadung memasuki rumah buruknya, kepenatan akibat kerja sehari suntuk. Dia mengukur kejayaannya dengan menentukan matlamat hariannya dan memenuhi matlamat itu kerana beliau tahu lambat laun keputusannya jauh melebihi usaha penat lelahnya itu.

"Fokuskan pada hasil," dia terus mengulanginya sambil terlena ditemani oleh bunyi gelak ketawa dari kedai kopi yang tidak jauh dari rumahnya itu.

Bumi itu berputar..
Hari bertukar bulan. Suatu hari Parno menyedari paip airnya hampir siap, ini bermakna dia hanya perlu berjalan dekat untuk memenuhkan baldi airnya. Parno menggunakan masa lebih untuk menyiapkan paipnya. masanya telah tiba..

Ketika masa rehat, Parno memerhatikan kawan lamanya Karman menyeret baldi. Bahu Karman lebih membongkok dari biasa. Dia membongkok dalam kesakitan, langkahnya semakin perlahan disebabkan kerja beratnya itu. dia menjadi perengus dan bermasam muka, memarahi dan menyesali akan nasib malangnya menjadi pengangkut baldi air seumur hidup.

Beliau semakin kurang menghabiskan masa di kedai kopi sebaliknya banyak menghabiskan masa di buaian tidurnya kerana sering uzur.Apabila pelanggan-pelanggan tetap kedai itu nampak Karman datang, mereka akan berbisik, " Tengok tu, man baldi dah datang," dan mereka akan ketawa mengekek apabila orang lain mengajuk keadaan Karman yang membongkok dan menyeret kaki. Karman tidak lagi belanja minum ataupun buat-buat lawak sebaliknya lebih suka menyendiri di suatu sudut gelap dikelilingi oleh tin-tin kosong.
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu pun oleh Parno pun tiba-saluran paip airnya sudah siap! Orang ramai mengerumuni apabila air memancut dari saluran paipnya ke dalam tangki air!

Sekarang kampung itu sudah mempunyai bekalan air segar yang mencukupi. penduduk dari sekitar kawasan itu berpindah masuk ke kampungnya dan ianya berkembang dan makmur.

Apabila saluran sudah siap, Parno tidak perlu lagi mengangkut baldi air. Air akan mengalir samaada dia bekerja atau tidak. Ia mengalir ketika dia makan. Ia mengalir ketika dia tidur. Ia mengalir di hujung minggu ketika dia sedang bermain. semakin banyak air mengalir ke dalam kampung, semakin banyaklah duit yang mengalir ke poket Parno!

Parno Paip mulai dikenali sebagai Parno Ajaib. Ahli-ahli politik memuji pandangannya dan meminta beliau bertanding jawatan Dato' bandar. Tetapi Parno faham apa yang dicapainya bukannya suatu yang ajaib. Itu hanya permulaan pertama bagi sebuah cita-cita yang besar. Sebenarnya Parno mempunyai rancangan yang melangkaui kampungnya.

Parno merancang untuk membina saluran paip ke seluruh dunia!

Saluran paip telah menyebabkan karman kehilangan pekerjaan dan Parno merasa sedih melihat kawan lamanya terpaksa merayu untuk minum percuma di kedai kopi. Jadi beliau mengaturkan pertemuan dengan karman. Dia memujuk kawannya itu untuk menyertainya sebagai rakan kongsinya. Dia akan mengembangkan perniagaannya ke seluruh dunia. tentulah pendapatan mereka berlipat kali ganda banyaknya..

[End of story..]

SUMBER:Wangcyber.com
Artikel drp:OsmanAdnan

Read Users' Comments (0)

TIPS- Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat

Read Users' Comments (0)

Koleksi Kata-Kata Motivasi- DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat – buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Fikir itu kepalanya berkat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Perjalanan adalah sebaik-baik guru.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


“Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Genggam bara api biar sampai jadi intan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Maut juruintai yang tak pernah lalai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Read Users' Comments (0)